Adamzailani

Disclaimer.




Hello,Im fourteen.Im a newborn Werewolf and now you in my territory.Behave your self here.Dont make any shits and please don't open my page source.It's forbidden. I'm warning you.
Entries About Contact Stuff

Archive


Credits

Template by Adamzailani .Its all mine. Big helps from Wanaseoby . Some image I get from WeHeartIt. Background from Atiqah .The cursor from Farawr. Thanks alot.
Cinta Blogger
Thursday, 27 December 2012 @ 10:45 | 0 wish [s]


BAB 1 : Bermula Kisah


Jarinya laju menaip kod-kod yang dihafalnya di ruang HTLM .Laju sungguh taipannya,tanpa sebarang kesalahan.Menaip hanyalah perkara yang mudah baginya,biasalah 'blogger famous' . Taipannya berhenti bila terdengar laungan azan dari surau yang tidak begitu jauh dari rumahnya . Nampaknya proses mengedit blog terpaksa ditangguhnya dahulu kerana seruan Ilahi lebih mustahak .

                               ................................................................................................

Selepas selesai menunaikan solat Asar,Syahirah bergegas ke komputer riba pemberian Abinya itu ,manalah tahukan adik-adiknya sudah "menyambung" mengedit blognya . Adik-adiknya sungguh nakal,sehinggakan pernah suatu ketika dahulu,mereka pernah menyepahkan bilik tidur Syahirah . Bagaikan pesta ketika itu .

Dari jauh sudah kelihatan Latif adik lelakinya yang berumur 12 sudah dulu bermain komputer ribanya itu . Latif,tepilah kakak nak sambung edit blog! rungut Syahirah . Alah,kejaplah Latif baru sekejap main laptop ni ujar Latif . Pelbagai cara Syahirah memujuk adiknya itu . Diberikan biskut,tidak dilayan . Diberikan coklat,tidak dilayan . Mungkin kali ini dia perlu mengalah . Dibiarkan saja  adiknya bermain komputer ribanya .

                             .......................................................................................................

Tepat jam 12:00 pagi , Syahirah masih belum tidur.Dia sanggup bersengkang mata untuk mengedit blognya . Biar mata macam panda , asalkan blog aku siap bisiknya di dalam hati . Pelbagai jenis tutorial dia cuba . Berpuluh laman web dia buka . Pak Cik Google , Mak Cik Google semua sudah "ditanya"nya.

Jam berdetik,masa berlalu . Sedar tak sedar sudah pukul 1:30 pagi . Blognya masih separuh jalan . Syahirah menguap bagaikan harimau kelaparan kerana terlalu ngantuk . Sambil-sambil mengedit blog,sempat juga Syahirah membelek akaun 'Facebook'nya . Manalah tahu ada notification yang  terlepas pandang .

Plup ! Siapa pulak yang hantar chat pagi-pagi buta ni ? rungut Syahirah didalam hati . Dibuka chat tersebut, 'Assalamualaikum,awak ni bloggerkan ? Tolong saya boleh ? Dibalasnya dengan sopan , Waalaikumusalam :) Ya,saya memang seorang blogger . Ya ada apa yang boleh saya tolong ? 

15 minit berlalu,lelaki tersebut tidak membalas sepatah haram pun , mungkin sudah tidur . Conversation mereka berhenti di situ saja. Nguapan mulut Syahirah semakin besar . Matanya sudah tidak dapat ditahan lagi . Katil dan bantal seolah-olah memanggilnya untuk tidur . Masa untuk tidur desis hatiya .